Taman Permainan Lyrics
Turun naik cinta dicuit
Tak ubah seperti jongkang jongket
Apa ini mainanmu?
Setelah hatiku dibocor
Mudah saja kau turun gelongsor
Keluar dari hatiku
Ternyata semua sia-sia
Rupanya kau pandai main-main
cinta
Ternyata kau curangi diriku
Sememangnya kau dasar penipu
Ku bukan taman
Taman permainan
Yang selamba kau
Main-main saja, bila-bila masa
kau mahu
Ku bukan tempat
Kau hancurkan perasaanku
Tak perlu lagi kau buat ku
Bagai taman permainan
Tarik tali hati digayut
Dengan perangai kau yang
mengarut
Jelas ini mainanmu
Kau membuai-buai diriku
Hingga perasaanku terganggu
Betapa bebalnya aku
A, B, C,
Cintaku tak semudah itu
Do Re Mi
Kau nangislah tak berlagu
1, 2, 3,
Cintaku tak semurah itu
Tak mampu kau tak mampu
Kita tak sehala