Verse 1:
Telah tercipta, saat dirasakan tiba
Menjunjung nikmat bahgia tanpa duga
Namun terselit sesuatu
Yang menyakitkan tanpa segan silu
Pre chorus:
Mana mungkin
Ku kan menjadi sasaranmu lagi
Kerana ku tahu kau hanya membuatku
Ku berangan dalam beradu-!!!
Chorus 1:
Disaksikan bulan indah cantik mengambang
Temani hatiku sepinya dibunuhmu
Bicara katamu membuatku akur
Kisah tersimpan hanya mimpiku
Verse 2:
Biar sakit dalam diri ku sendiri
Takku biar mereka menangis untukku
Kerana ku yakin disebalik kisahku
Tersimpan harga tiada ternilai