Lirik Lagu Mahakarya by Aniq Muhai.
Jalan cerita hidupmu penuh
Teka-teki
Sarat derita mengundang curiga
Pada diri
Belum habis kau hela nafas lega
Kembali ditampar sengsara
Puas kau mengeluh tanpa sudah
Reff :
Engkau masih pejuang
Berwajah ceria di balik resah
Kerana masih kau yakin pada
Pengatur cerita nan mahakarya
Episod lara ini
Hanya secebis karya-nya
Mengajar kau percaya
“it’s okay to not be okay”
Sempurna serpihan teka-teki hidupmu
Diiring babak air mata duka
Tak mengapa kau bersedih
Di pertengahannya
Reff :
Engkau masih pejuang
Demi pengakhiran cerita bahagia
Kerana bayarannya derita
Bahkan air mata
Hingga hujungnya mahakarya
Derita itu laksana
Pasir jerlus yang me-narik tubuh
Semakin bergeluh semakin membenam
Hanya kau perlukan
Sedikit ruang waktu
Dan utuh serahanmu
Pada sang pengatur mahakarya ohoo
Hoho uuu
Reff :
(engkau masih pejuang)
(berwajah ceria di balik resah)
Hoouwo
Kerana masih kau yakin pada
Pengatur cerita nan mahakarya
(engkau masih pejuang)
Kau lah pejuang, wu
(demi pengakhiran cerita bahagia)
Cerita bahagia
Kerana bayarannya de-ri-ta
Bahkan air mata
Hingga hujungnya mahakarya
Kerana bayarannya derita
Bahkan air mata
Hingga hujungnya mahakarya