Lirik Lagu Kajol Marey – Senandung Raya

Lirik Lagu Senandung Raya by Kajol Marey.

Hari raya sudah pun tiba
Tamat lah sudah sebulan puasa
Bersyukur kita pada yang esa
Tamat ramadhan syawal menjelma

Satu syawal telah menjelma
Tanda kemenangan kita semua
Indahnya syawal di rai bersama
Kemenangan umat islam sedunia

Hari raya
Ramai nya orang nak balik beraya
Hari raya
Bersyukur kita pada yang esa

Anak di kota pulang ke desa
Berjumpa ayah bonda tercinta
Pandu kereta jangan menggila
Seronok sangat buruk padahnya

Di pagi raya berkumpul semua
Dari abang long sampai ucu nya
Mohon maaf ayah dan bonda
Janganlah lupa hai duit raya

Hari raya
Ramai nya orang nak balik beraya
Hari raya
Bersyukur kita pada yang esa

Selesai bersalam ke masjid kita
Sembahyang raya jangan di lupa
Selesai solat kita berjumpa
Rakan yang lama bersua muka

Berkunjung rumah sanak saudara
Ketupat rendang telah tersedia
Kuih dan muih bermacam ada
Pilih sahaja yang mana suka

Hari raya
Ramai nya orang nak balik beraya
Hari raya
Bersyukur kita pada yang esa

Hari raya
Ramai nya orang nak balik beraya
Hari raya
Bersyukur kita pada yang esa

Lyrics
LyricsUpdate Lirik Lagu terbaru dan populer saat ini, dengan berbagai genre diantaranya Dangdut, Koplo, Pop, Indo, Slowrock, KPop, dll. Lagu lagu dari berbagai adat dan suku daerah Indonesia (Aceh, Bali, Batak, Karo, Dayak, Jawa, Minang, Melayu, Osing Banyuwangi, Sunda, Tarling, dsb) hingga manca negara.